Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Ingatkan bawa beg tangan, rupanya…” Video wanita ‘Cat Walk’ raih 34 juta tontonan

HAIWAN peliharaan yang sering menjadi pilihan selalunya yang comel dan manja seperti kucing dan anj1ng.

Video wanita ‘Cat Walk’ raih 34 juta tontonan
Video dikongsikan pengguna TikTok Siva-Lon itu menerima lebih 34 juta tontonan dalam tempoh 24 jam!

Namun ada juga yang membela haiwan eksotik seperti cicak tokek, ular dan iguana. Akan tetapi, jarang kita mendengar keluang dijadikan haiwan peliharaan.

Baru-baru ini video yang memaparkan seorang wanita membawa seekor kelawar besar atau dikenali sebagai keluang.

Video dikongsikan pengguna TikTok Siva-Lon itu menerima lebih 34 juta tontonan dalam tempoh 24 jam!

Awalnya ramai yang menyangka dia membawa beg tangan semasa berjalan di atas sebatang jalan.

Namun tidak lama kemudian haiwan tersebut dilemparkan ke udara dan terbang dan video dipaparkan secara slow motion.

Siva-Lon
Siva-Lon sedang memeluk haiwan peliharaannya

Ia menyebabkan warga maya menonton beberapa kali kerana menyangka ia hasil suntingan.

– “Ingatkan bawa beg tangan. Tiba-tiba terbang.”

– “Kelawar faham the assignment.”

– “Hebat kak, kalau saya nak pegang pun takut.”

Sumber video Tik Tok Siva-Lon

Menurut pemiliknya, keluang tersebut dinamakan Moy. Malah turut dipaparkan video haiwan itu memakan gula-gula lolipop.

Keluang atau dikenali sebagai Giant Bats merupakan sejenis bin4t4ng mamalia yang hanya keluar pada malam hari dari kumpulan haiwan yang dinamakan Chiroptera.

Ia juga merujuk kepada haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar dipanggil Pteropodidae.

Di Malaysia, keluang lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus.

Ia haiwan berdarah panas, dalam kumpulan kelas mamalia. Sebagaimana haiwan mamalia lain, keluang membiak cara beranak.

Ukurannya berkali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Malah panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap boleh mencecah kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

1 Ulasan